Qurban Makkah

Kambing Korban dilaksanakan di Tanah Suci Mekah pada 10, 11, 12 Dzul Hijjah 1443H.

RM449

SKU QRBN Category

Description

Kambing Korban

 

Matlamat kami adalah untuk menyediakan kambing biri-biri yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Syarak.

 

Kambing-kambing yang disediakan oleh syarikat Aswadan adalah dari jenis kambing biri-biri padang pasir yang diusahakan dalam keadaan terbaik.

 

Tapak Penyembelihan

 

Lebih daripada 1 Juta ekor kambing disembelih sepanjang musim Qurban di Mekah dalam tempoh 4 hari. Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi adalah di tahap yang terbaik.

 

Penjual daging, Pakar Syariah dan kakitangan berusaha bersama veterinar untuk memastikan haiwan yang dikorbankan memenuhi semua kriteria Syariah dan kesihatan.

 

Tapak penyembelihan sentiasa diaudit dan diawasi oleh jawatankuasa serta bimbingan perlaksanaan Korban diberikan demi memastikan setiap daging korban dikendalikan dengan penuh hemat sehingga diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

 

Tempoh Perlaksanaan

 

Ibadah Qurban dilakukan hanya dalam tempoh 4 hari sahaja; iaitu pada Hari Raya Aidil Adha dan tiga hari Tasyriq. Walaupun ia dilakukan dalam masa yang terhad, kami memberi jaminan bahawa prestasi perlaksanaan adalah pada tahap yang terbaik.

 

Ibadah Qurban dilaksanakan mengikut prosedur Syariah dan kebersihan yang teratur di kilang-kilang penyembelihan Mekah di bawah pengawasan Pakar Syariah dan veterinar yang berkelayakan.

 

Pengagihan

 

Demi memastikan tujuan Ibadah Qurban tercapai, sebahagian daripada daging-daging korban kami serahkan secara lansung kepada fakir miskin Mekah di kawasan kejiranan mereka. Kami membungkus daging-daging tersebut dengan baik untuk memudahkan penyerahan kepada mereka.

 

Lebihan daging-daging korban itu diserahkan kepada organisasi Adahi iaitu badan rasmi Kerajaan Arab Saudi yang bertanggungjawab menguruskan daging-daging korban sejak tahun 1983 ke luar negara.

 

Daging tersebut dibungkus dan dibekukan untuk dihantar ke 27 negara Islam yang memerlukan seperti Bangladesh- Pakistan- Azerbaijan- Iraq- Syria- Lubnan- Palestine- Jordan- Djibouti- Sudan- Chad- Niger- Mali- Burkina Faso- Mauritania- Ghana- Liberia- Sierra Leone- Guinea- Conakry- Guinea Bissau- Comoros- Mozambique.

 

Kami memastikan daging-daging korban diserahkan kepada pihak yang berhak. Aswadan tidak berkompromi dalam hal pengagihan Aqeeqah & Qurban demi memastikan perkhidmatan kami adalah yang terbaik untuk anda.

 

________________________

“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Mulailah (bersedekah) dengan orang-orang yang berada di bawah pemeliharaanmu. Sebaik-baik sedekah ialah sedekah dari lebihan (harta).” -Nabi Muhammad ﷺ

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Qurban Makkah”

Your email address will not be published.

Resources

Blog

Help

Reviews

Company

About us

Join the Team

Privacy Policy

Terms & Conditions