Description
Kambing Aqeeqah
Matlamat kami adalah untuk menyediakan kambing biri-biri yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Syarak.
Kambing-kambing yang disediakan oleh syarikat Aswadan adalah dari jenis kambing biri-biri padang pasir yang diusahakan dalam keadaan terbaik.
Tapak Penyembelihan
Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi adalah di tahap yang terbaik.
Penjual daging, Pakar Syariah dan kakitangan berusaha bersama veterinar untuk memastikan haiwan yang dikorbankan memenuhi semua kriteria Syariah dan kesihatan.
Tapak penyembelihan sentiasa diaudit dan diawasi oleh jawatankuasa serta bimbingan perlaksanaan Korban diberikan demi memastikan setiap daging korban dikendalikan dengan penuh hemat sehingga diserahkan kepada mereka yang memerlukan.
Perlaksanaan
Ibadah Aqeeqah dilakukan sepanjang tahun. Ia dilaksanakan tanpa waktu terhad. Kami menyediakan gambar dan video khusus bagi setiap Ibadah Aqeeqah untuk disaksikan oleh ibubapa secara digital.
Ibadah Aqeeqah dilaksanakan mengikut prosedur Syariah dan kebersihan yang teratur di kilang-kilang penyembelihan Mekah di bawah pengawasan Pakar Syariah dan veterinar yang berkelayakan.
“Sesungguhnya Allah memerintahkan agar berbuat baik kepada tiap-tiap sesuatu; maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan cara yang baik dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah kamu mengasah pisaunya dan hendaklah binatang yang disembelih itu mati dengan baik.” – Nabi Muhammad ﷺ
Pengagihan
Demi menyempurnakan Ibadah Aqeeqah, daging-daging Aqeeqah diserahkan secara lansung kepada fakir miskin Mekah di kawasan kejiranan mereka. Kami membungkus daging-daging tersebut dengan baik untuk memudahkan penyerahan kepada mereka.
Reviews
There are no reviews yet.